Lima Kesalahan Dalam Resume (yang akan membuatkan permohonan anda DITOLAK serta-merta !)

Ini adalah lima kesilapan yang selalu dilakukan oleh graduan dalam menulis resume. Dan kesilapan ini memberikan persepsi negatif kepada majikan sehingga membuatkan resume anda ditolak !

1. Kesilapan Ejaan
Kesilapan ejaan di dalam resume akan memperlihatkan personaliti anda yang tidak menumpukan perhatian kepada hal-hal terperinci (attention to details). Setiap syarikat mahukan pekerja yang teliti dalam setiap hal lebih-lebih lagi jika berkaitan untung dan rugi. Dalam perniagaan, setiap sen ada nilainya.

2. Panjang Resume
Jangan melebihi 2 muka surat bersaiz A4. Satu muka surat juga sudah memadai. Tak muat? Anda mesti kreatif dalam menulis resume. Masukkan perkara yang relevan dengan jawatan yang anda mohon sahaja. Bukan hentam keromo !

3. Rekabentuk Resume
Tidak kiralah anda graduan jurusan seni atau arkitek, resume mesti kelihatan profesional. Tidak melebihi dua jenis "font" dan warna. Jangan digariskan semua ayat dan jangan dikotakkan semua tulisan. Jangan dihias dengan bunga-bunga dan bingkai. 

4. Kerahsiaan 
Jangan sesekali membuka rahsia strategi perniagaan di syarikat lama semata-mata untuk menunjukkan betapa hebatnya diri anda suatu masa dahulu. Rahsiakan maklumat tentang syarikat lama anda. Integriti dalam kerjaya adalah penting untuk semua jenis perniagaan. 

5. Penipuan
Jangan membundarkan CGPA anda ke titik perpuluhan terdekat, semata-mata untuk menepati syarat kelayakan. Jangan menokok tambah pengalaman bekerja yang tidak pernah anda buat. Penipuan hanya akan menghantui kehidupan anda sehinggalah segalanya terbongkar suatu hari nanti!

Selamat menulis resume ! 






No comments:

Post a Comment