Saya belajar satu persatu tips mencari kerja berdasarkan pengalaman sendiri sebagai bekas penganggur selama lebih setahun. Saya pernah bekerja secara kontrak di agensi kerajaan, secara sambilan di asrama universiti dan pernah menjadi jurujual melalui telefon untuk sebuah hotel tertinggi di Malaysia. Sehinggalah sekarang saya berjawatan tetap di syarikat antarabangsa milik Malaysia dan bertanggungjawab sebagai Recruiter - mencari pekerja baru untuk syarikat di bangunan tertinggi di Malaysia. Alhamdulillah, kerja saya sekarang membuka hati saya untuk berkongsi pengalaman mencari kerja.
Kalau Mencari Kerja - sebenarnya ada banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Sejak bergelar Recruiter, banyak tips yang disimpan untuk dikongsikan bersama. Banyak pengalaman berdepan dengan susah payah graduan yang sedang mencari kerja. Banyak cerita pahit manis yang saya dengar daripada ibu bapa apabila anaknya gagal dalam temuduga.
Blog Kalau Mencari Kerja ini saya tuliskan khas untuk adik-adik graduan yang sedang mencari kerja. Kalau mencari kerja, jangan lupa singgah dulu di blog ini ya. Sama-sama kita berkongsi pengalaman masing-masing. Moga-moga bermanfaat buat semua anak bangsa kita, inshaa Allah :-)
No comments:
Post a Comment